Saturday, April 9, 2011

sabar senjata utama :)


hye korang.
harini letih sangat.
debaran nak final dah terasa.
doakan kejayaan aku n rakan2 okay?
nak dapat good pointer this sem n next!
wish me luck people :) 
owh aku rinduu sgt kat addin, nunu, wawa, titi and kill!
semua neh dak2 nombor kat ukm.
plus aku rindu sgt BFF aku.
ayue, tacha, zety, chic, eno, jia!
plus am, man, nabil dan lain2 :)
cuti nanti reunion okehh!
xlupe, rinduu jugak kat seseorang!
tapi xtau die rinduu aku x?? :(
hehe :)
okay. after khatam economy tadi aku bace lahh beberapa link kat i luv islam.
menarik2 semua nya.
ini yg aku nak share dgn korang.
selamat membaca :)

DIAM dan SABAR.   
 Memang susah kita nak buat bila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan. Lebih-lebih lagi di khalayak ramai. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita.
Bila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan, itu bukan kita yang bercakap tapi si "tanduk dua" yang sedang kuasai akal fikiran kita. Jadi, seeloknya kita berdiam. Istighfar di dalam hati dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.
Dalam situasi bila kita terasa diri kita sangat lemah, kita tak tau apa yang patut kita lakukanTapi ada beberapa perkara yang kita kena renungkan. 
Antaranya ialah:
  1. Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya), sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka.
  2. Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi, kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku) 
  3. Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.
  4. Apabila kita difitnah, kita akan tidak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini. Kesan daripada itu (sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita. 
  5. HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.
  6. Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.

p/s : semua yg ade dalam link tuh benar2 belaka. aku pernah merasai nye. Terima kAsih Allah sebab kuatkan aku :) owh btw, kesihatan x berapa stable lah. doakan ye? semoga semuanya berjalan lancar. Aminn

1 comment:

  1. rindu kat aku??oowah..TERharunya...hahaha..ko mesti dh bnyak study an????huhuhu..aku pun tak sihat wei..flu,flu and flu again..sekarang tekak rasa sakit pulak..aishhh...

    ReplyDelete