hye u guys!
wah harini memang best.
aku tido lame giler.
haha bangon2, tgk cuace mendung + hujan yg sayu2.
huhu pe lagi, mmg sambong tido ah en.
hehe plus xde class on friday.
mmg superb ah!!
jgn jelesss eh3.
hehe owh harini nak pulang ke rumah bonda terchinta.
rinduu mereka.
even hampir every week aku balik =.=
semalam midsem aku yg last!
naseb soalan die ok2 jep.
thank you manyak2 creater soklan tuh!
hehe confirm2 ah lecturer aku en3.
pagi2 nie aku segar sket.
hehe ade mende yg nak di sharekan.
tentang seorang insan yg hadir dalam kehidupan aku.
huhu puitis en aku? haha
korang sedar x dalam kehidupan nie, sepanjang perjalanan kita,
kita akan bertemu dengan pelbagai insan yang mencorakkan kehidupan kita.
Insan yang membentuk diri kita, membentuk sikap kita.
Dalam jangka masa yang panjang atau seketika.
Mungkin dalam jangka waktu itu Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
X kesah lah cepat atau lambat, pasti ada insan yang akan hadir dalam hidup kita.
yang sentiasa mewarnai kehidupan kita.
Dia adalah insan dengan sikap dan cara yang selalunya berlawanan dengan kita.
(mungkin ade yg same en3. hehe)
kite x sedar, insan itu sentiasa membuat kite tersenyum :)
Tapi setuju x kalau aku ckp :
insan inilah yang menyebabkan satu bahagian jiwa keras kita akan berubah menjadi lembut.
Dia adalah insan yang selalu menimbulkan tanda tanya dalam setiap perkataan dan perbuatan yang dilakukannya olehnya.
Dalam kelainan itu, persahabatan yang unik akan terjalin.
Saling memerlukan.
Saling cuba memahami.
Dan saling cuba hadirkan diri untuk keperluan antara satu sama lain.
Kita akan dilepas bebas tanpa ikatan untuk melakukan apa yang kita perlukan dalam kehidupan kita.
Kita diizinkan untuk menyintai.
Dan menyayangi orang lain selain dia, demi untuk kebahagian kita.
Tapi kalau dia adalah kebahagiaan kita, mana
mungkin kita lepaskan.
betol x?
pgg dia! jgn lepaskan. hehe :)
Kita juga akan tahu apabila diperlukan, insan kita ini akan sentiasa ada dengan nombor telefon yang sama dan alamat email yang sama.
x pernah muak untuk bertanyakan khabar dan keadaan kita setiap masa.
pasti ada je yg ingin ditanya.
Tapi sedar x, camne sekalipon keadaan kita, dia x pernah pergi meninggalkan kita.
Dia akan sentiasa ada untuk kita.
Tatkala susah mahupun senang.
Ada juga sesetengah persahabatan yg terjalin menimbulkan perasaan suka dan cinta.
Apabila dia mengatakan bahawa dia menyintai kita.
Mesti kita buntu apa yg nak di kata jika itu terjadi kan?
Walaupun mungkin tidak untuk dia miliki hati kita...
Dia tetap merindui kita.
Walaupun mungkin kita tidak tahu akan kehadiran rindu itu.
SELALUNYA kita tidak menyedari bahawa
ada insan yg lebih MENCINTAI dan MERINDUI diri kita.
Oleh itu hargailah dengan sepenuh hati :)
kite x sedar pon bile perasaan itu wujud. namun x salah kan?
p/s : Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang. Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang tapi SAYANGILAH dengan apa yang kita ada. Hidup tak perlu terlalu sempurna, tak perlu terlalu kaya, tak perlu terlalu terkenal, tetapi selagi masih ada INSAN yang mengingati, ia sudah lebih dari mencukupi.
wahhh jiwang
ReplyDelete