Tuesday, March 22, 2011

bersihkan hati people :)


Kita mula nak stress bila kat hati kita wujud perasaan tak puas hati, geram dan marah dengan situasi yang terjadi. 
Kita jadi stress sebab tertekan memikirkan situasi yang akan kita lalui juga situasi yang telah kita lalui. 
Kita stress sebab kita tak suka dengan perangai seseorang. 
Kita merasa stress sebab tak senang memikirkan sikap sesetengah orang yang kita kenali.

Menangani stress dalam pergaulan dan perhubungan sesama kita adalah dengan memasang niat di dalam hati. 
Terutama apabila kita berada dalam situasi di mana terpaksa berhadapan dengan orang yang kita kurang senangi.
Mule2, kita niatkan diri kita nak berbaik-baik dengannya. 
Pastu tenangkan diri. 
Lafazkan niat sekali diiringi dengan ketenangan. 
Contohnya cakap “aku nak berbaik-baik dengan dia, aku nak rasa senang dengan dia”.
Kita akan perasan beberapa minit kita pasang niat tu dalam hati, dia akan baik-baik dengan kita walau hakikatnya kita kurang senang dengan orang itu kerana sikapnya, perangainya, kata-katanya atau mungkin dia pernah memarahi kita hingga kita merasa kurang enak berdekatan dengan dia.

Apa yang ada di dasar hati kita itulah yang akan mempengaruhi emosi, kata-kata dan perbuatan kita.
Secara automatik nya dia jugak akan merasa senang dengan kita walaupun sebelum ni dia ada perasaan kurang senang dengan kita.
Please take note: 
Cara ni langsung tak kan berkesan kalau di dalam hati kita ada kebencian, dendam, rasa tak puas hati, rasa tertekan, rasa tak senang dan rasa marah.
So buang perasaan x elok nie jaoh2!

And buat macam nie plus amalkan.
Sebelum tidur dan selepas bangun, amalkan istighfar banyak-banyak , mohon ampun pada Allah sebab kita berisiko untuk menyakiti orang lain dengan merasa benci dengannya atau tidak suka dengannya secara tidak sengaja tanpa kita sedari.
Allah tak suka orang yang benci-membenci.
        Kesannya kita akan mendapat kemurkaan Allah.
Kita akan mendapat musibah sebagai balasan atas perbuatan kita.

Maafkanlah kesalahan-kesalahan yang orang lain lakukan pada kita.
Kenapa? 
Supaya hati kita bersih sentiasa.
Bila hati dah bersih, kita senang untuk bergaul baik dengan orang-orang di sekeliling dalam apa jua situasi. 
Mereka pon akan merasa senang dengan kita simply sebab kita ada aura yang menyenangkan. 

Kalau kita rasa benci dengan seseorang, secara automatik orang tu akan benci dengan kita. 
Dia akan merasa kurang senang dengan kita secara tak semena-mena.
Dia pon tak tau kenapa.
Apa yang dia tahu, dia rasa timbulnya rasa benci, meluat, kurang senang. 
Semua tu timbul secara tiba-tiba.
Puncanya, kita benci dengan dia di dalam hati. =.=
Nampak tak kesannya? 
Sebab tu lah kita kena belajar memaafkan orang dan bersangka baik terhadap orang :)



    No comments:

    Post a Comment