Wednesday, December 14, 2011

buang niat jahat jauh2.

salam everyone.
should be aku da tido, akibat ubat2 yang aku da ambik.
and aku harus admit, nie demam yg paling terok pernah aku alami.
punca : food poisoning.
then, demam panas, gastric, pening2 kepala. semua!
package.
kalau korg nak tau, aku typing nie pun sambil baring.
dan menunggu masa utk melelapkan mata.
kesan ubat2 nie.
hurm.

first of all.
aku nak luahkan rasa sedih aku sebab sikap beberapa golongan manusia.
sebenarnya dalam waktu kita sakit, kita selalu percaya Allah tu maha adil.
Maha pemberi rahmat.
DIA ingin menguji aku dan ingin menyucikan aku dari segala dosa yg pernah aku sengaja / tak sengaja lakukan.
Tapi alangkah kejamnya segelintir pihak yang mendoakan aku untuk terus sakit dan hanyut dalam alam kesakitan yang perit ini.
Kalau 'kau' ada kat tmpat aku, kau akan nangis2 meronta taknak merasa sakit macamana yang aku rasa sekarang.
Susahnya kau nak makan, bila setiap kali kau makan, kau akan buang2 air dan muntah.
Susahnya kau nak berjalan, bila setiap kali kau bangun dari katil, dunia kau macam berpusing dan kau terjatuh.
Susahnya kau nak tido, sebab peritnya perut kau yang tak henti2 memulas seperti ada mesin yang menarik segala urat2.
sakit!

Berdosa kita mendoakan kesakitan org lain.
Yang seharusnya kita mendoakan kesembuhan dia, sebab salah satu sebab pentingnya, dia TEMAN kita.
Tak kira la sejauh mana kau membenci orang itu, takde hak untuk kau mendoakan kematian dia.
Ajal dan maut di tangan Tuhan.
Bila dia dah takde suatu hari nanti, jangan kau terhegeh2 menangis mencari kemaafan.
Waktu tu, semua da terlambat.
Hargai lah dia sementara kau boleh.
Ibu aku tak pernah ajar aku untuk membenci orang.
Apa lagi mendoakan yang tak baik utk org.
Kerana aku yakin, setiap apa yg aku doakan itu satu hari akan terjadi pada aku jugak.
Cepat atau lambat.

Kalau sedalam mana kebencian aku pada org pon, aku tak pernah simpan lama2.
Aku tak pernah berusaha menjatuhkan dia.
Aku tak pernah terlintas nak doakan kesakitan dia, apatah lagi kematian dia.
Dia pon insan biasa macam aku.
Dan aku paling taknak menyesali sesuatu yang bakal terlambat utk aku sesali.

p/s : maaf people. bukan niat ingin berkasar. sekadar menyatakan apa yang terbuku. doakan kesembuhan aku. aminn. selamat malam.


2 comments:

  1. semoga cempat sembuh farahin....alhamdulillah, walaupun ko sakit, ko redha atas setiap ketentuan ALLAH...jaga kesihatan & think +ve...

    ReplyDelete